Hawkers and Small Businesses Development

LATARBELAKANG

TINDAKAN MBPJ KE ARAH PENJAJA TANPA LESEN SIFAR

Bancian
Kajian penjaja tanpa lesen di Petaling Jaya di mulakan sejak Mei 2002 (723 penjaja tanpa lesen). Sehingga 31 Disember 2003, sejumlah 117 (16%) telah dipindah dan dilesenkan. 723 (84%) ditawarkan Permit Penjaja Sementara.

Kajian kedua Penjaja Tanpa Lesen Sifar Petaling Jaya dikemaskini pada April 2004 dengan hasil bancian sebanyak 1,341 penjaja tanpa lesen.

Pada 28 Febuari 2005 Majlis telah meluluskan pelaksanaan ’Pelan Tindakan Penjaja Tanpa Lesen Sifar Di Petaling Jaya’ dan sebanyak 83.6% penjaja tanpa lesen telah berjaya ditempatkan / dipindahkan.
 
Status Pencapaian Program Penempatan Semula Penjaja Tanpa Lesen Sehingga Disember 2011

Strategi 1: Telah selesai ditempatkan dan diambil tindakan penguatkuasaan
Sasaran: 902
Berjaya: 902 (67.3%)
Tidak Berjaya: -

Strategi 2: ‚ÄčTelah selesai proses tawaran dan dalam tindakan penguatkuasaan (perobohan)
Sasaran: 5
Berjaya: -
Tidak Berjaya: 5 (0.4%)


Strategi 3: Dalam proses pemindahan ke pusat penjaja baru di siapkan
Sasaran: 275
Berjaya: 128 (9.5%)
Tidak Berjaya: 147 (11%)


Strategi 4: Sedang menunggu pusat penjaja baru dalam pembinaan di siapkan
Sasaran: 18
Berjaya: -
Tidak Berjaya: 18 (1.3%)


Strategi 5: Cadangan pembinaan pusat penjaja baru (belum bina)
Sasaran: 141
Berjaya: 91 (6.8%)
Tidak Berjaya: 50 (3.7%)

Jumlah
Sasaran: 1341
Berjaya: 1121 (83.6%)
Tidak Berjaya: 220 (16.4%)

Nota: 16 % penjaja tanpa lesen tidak berjaya ditempatkan  / di pindahkan  kerana penjaja enggan berpindah walaupun ruang perniagaan telah di tawarkan.
DASAR DAN POLISI PENJAJA

DASAR RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2035 (RSN SELANGOR 2035)

Menyedari kepentingan aktiviti penjajaan dan perlunya aktiviti ini dikawal dengan sempurna, DRSN Selangor 2035 menggariskan dasar berikut :

Dasar MP 6

PEMBANGUNAN RUANG PERNIAGAAN BERDASARKAN KEPERLUAN DAN FUNGSI PUSAT PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN

Untuk mencapai dasar tersebut, inisiatif pelaksanaan yang dicadangkan adalah :

Menyediakan ‘kiosk’ di lokasi strategik untuk aktiviti perniagaan mikro di pusat-pusat perniagaan dan di pangsapuri perkhidmatan bagi tujuan ‘entry point’ peniaga kecil dan meningkatkan aktiviti ekonomi penduduk berpendapatan rendah.
DASAR RANCANGAN TEMPATAN PETALING JAYA 1 (RTPJ 1)
PP4:
PIHAK BERKUASA TEMPATAN AKAN MENYEDIAKAN KAWASAN PENJAJA YANG TERATUR DI PUSAT BANDAR, KAWASAN PERUMAHAN DAN KAWASAN PEKERJAAN

TINDAKAN RTPJ :
Pembangunan gerai- gerai yang berselerak di kawasan lapang di seksyen 17, kawasan lapang  SS1 dan dikawasan industri  Seksyen 51A


PB10 :    PIHAK- PIHAK BERKUASA TEMPATAN DENGAN KERJASAMA AGENSI- AGENSI YANG BERKAITAN AKAN MENGADAKAN LEBIH BANYAK TAPAK DAN KEMUDAHAN YANG SESUAI UNTUK PENJAJA DENGAN PENIAGA KECIL BUMIPUTERA

TINDAKAN RTPJ : MBPJ akan memastikan ruang perniagaan bagi gerai- gerai baru, ‘food court’, ruang perniagaan dalam pasar baru di Seksyen 17 dan di Kompleks Terminal Pengangkutan di Seksyen 52 diberikan keutamaan kepada penjaja dan peniaga kecil bumiputera
DASAR RANCANGAN TEMPATAN PETALING JAYA 2 (RTPJ 2)

Penempatan semula penjaja tanpa lesen di tepi-tepi jalan dan kawasan yang tidak bersesuaian ke tapak-tapak penjaja yang telah di rancang seperti Damansara Damai, Palm Spring, Dataran Sunway- Kota Damansara, Tropicana PJU 3 dan Kg Chempaka PJU 1


RANCANGAN KAWASAN KHAS SEKSYEN 13 (RKK)
Pemindahan gerai sediada di tepi- tepi jalan ke tapak gerai sediada seperti Penjaja Di Jalan 13/2 Ke Lot 26 & Penjaja Di Jalan 13/4 Ke Lot 35
STRATEGI PENYELESAIAN PENJAJA TANPA LESEN

A. Penempatan Semula Ke Pusat Penjaja Sediada Majlis. [157 Unit Kedai]
B. Pembinaan Ruang Perniagaan Di Tapak Gerai Yang Diluluskan Oleh Majlis (akan dibangunkan) [900 Unit Kedai]
C. Pengekalan Atau Pembinaan Gerai Ringkas Secara Insitu
D. Penyediaan Petak Penjaja Secara Mempremix Tapak, Tanda Petak, Stall Dan Payung